Wednesday, 21 March 2012

RoMaNtiS AtaU ALiM??


SAYA ditunangkan dengan lelaki pilihan keluarga. Tujuan pertunangan untuk berkenalan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.
Saya mendapati didikan agama dan ibadahnya baik, cuma saya selalu terasa hati apabila SMS dan e-mel yang saya terima daripadanya hambar, seolah-olah dia tidak menyukai saya. 
Sebelum ini, dia menjelaskan dia tidak mahu berlebih-lebihan sebelum pernikahan. Setiap tarikh penting seperti peperiksaan dan cuti, dia tidak mengendahkan saya, membuatkan saya memendam perasaan sedih.

Saya gusar ketidakserasian ini akan menjejaskan hubungan sebagai pasangan kelak walaupun saya tahu yang paling penting dalam pemilihan adalah agamanya.

Rasulullah SAW menyatakan, memilih pasangan atau tertariknya manusia pada pasangan adalah kerana empat perkara iaitu harta, kedudukan, rupa dan agama. Jika dipilih agama, mereka beruntung kerana orang yang memahami agama akan melaksanakan tuntutan agama dan semua tiga perkara berbaki.

Agama menuntut supaya suami menjadi penyejuk hati, pelindung, pembimbing dunia dan agama serta pencari nafkah keluarga. Apapun, tempoh pertunangan adalah tempoh terbaik bagi saudari dan bakal suami mengenal hati budi.

Kebanyakan lelaki kurang prihatin dan kurang romantis kerana pemikiran mereka lebih kepada rasional berbanding wanita yang lebih bersifat emosional.

Saudari mempunyai dua pilihan, jika soal romantis sangat penting buat saudari, didiklah dia untuk faham dan mengikut cara saudari atau mencari teman baru yang lebih disenangi.

Maklumkan kepadanya apa yang menggembirakan saudari supaya dia faham dan dapat mengubah dirinya. Lakukan solat istikharah supaya saudari lebih yakin dengan tunang saudari.

No comments: