Panduan Menjadi Pasangan atau Couple
Yang Bahagia
bahagia bersama-sama lah nampaknya. HeHeHe
Zaman muda mudi
atau ketika di alam universiti, jejaka kacak bergaya wanita anggun menawan
mesti ramai yang terpikat,tersadung kaki atau termimpi-mimpi pasangan idaman
mereka. Bila dah cuba kenal dan dah setuju untuk move to next level, berikut
adalah apa yang lazimnya lakukan bagi menjadikan hubungan itu sesuatu yang amat
bermakna dan bahagia membosankan. Ini tip dari
seorang pakar tak bertauliah. Sila habiskan baca.
1. Jom Jadi Seperti
Belangkas
Nak jadi bahagia harus pergi
kemana-mana bersama. Keluar kelas,pergi kelas, balik kelas, pergi cafe, pergi
library semuanya harus dilakukan bersama. Kawan-kawan rasanya dah jadi number
dua lah kan,orang tersayang mesti didahulukan kebahagiaan diutamakan. Lebih
comel bila pergi kursus kahwin bersama-sama.
2. Pakai Baju Sama
Warna
Bila baju sama
warna barulah nampak sehati sejiwa. Beli sepasang t-shirt I Love Youdengan gambar hati besar-besar warna
merah tu, sweet gitu! Hari-hari janji la nak pakai baju warna apa bila keluar
baru romantik. Kalau tak sama warna baju buat-buat lah merajuk sikit. Amik
perhatian. Okey lah,kalau takde baju I Love You pun tapi tona warna sama pun
dah kira bahagia dah tu.
3. Berbalas SMS
Melaporkan Lokasi 24/7
Oh serius ingin
menjadi bahagia dengan kerap menghantar SMS ke pasangan anda ditalian
sekian-sekian pada setiap masa. Ambil berat lah katakan,nak tahu pergerakan,
keluar dengan siapa, dah makan mamam ke belum, dah bangun ke belum dan sebagainya. Ini merupakan
latihan untuk menjadi pemberita atau wartawan yang berjaya juga.
4. Tolong Buatkan
Nota Kelas Untuk Kekasih
Untuk berjaya bersama-sama,mestilah
perlu tolong menolong. Ya,tak perlu risau kalau tak datang ke kelas,nota akan
ada orang buatkan. Wah,bahagianya! Lepas tu apa yang perlu dibuat hanya tidur
nak photostat nota pembelajaran. Berjaya bersama-sama di puncak dunia.
5. Hantar Makanan
Dan Lauk Yang Dimasak, Puji Sebaik Mungkin
Ala,biaslah sebelum kahwin kena lah
bagi si dia rasa masakan kita dulu. Hantarkan lauk,masukkan dalam bekas dan
hias cantik-cantik. Lepas tu kalau si dia kasi lauk, tak sedap pun kita cakap sedap.
Masin pun cakap sedap,tawar pun cakap sedap. Mesti nak jaga hati kekasih,supaya
tak terguris tak bergaduh. Kalaulah lauk tu pun beli kat warung seberang jalan,
cakap saja sedap! Baru aman damai.
6. Selalu dan
Selalu dan Selalu Bertanya Status Hubungan
Bila sibuk mestilah
jarang atau kurang masa nak contact 24/7. Jadi risau la juga kalau-kalau sayang
semakin pudar, dah ada kekasih lain dan sebagainya. Jadi selalulah bertanya “bagaimana dengan hubungan kita?”, “kenapa dah jarang contact?” untuk memastikan
keadaan selamat. Tanya setiap 5 minit pun dah okey dah tu.
Yeah,berikut adalah
6 tip menjadi pasangan bahagia. Tiba-tiba aku dapat idea untuk point-point di
atas,terus ditulis kat sini. Nak tambah point tapi bagi korang la letak
sendiri. Mesti korang ada idea lagi “best” punya. Rasa-rasa
siapa dah cuba? Bahagia kan? Bahagia kan? Kan? Kan ?
menari berdansa. lalala ~
..Bersederhana dan usah hipokrit dalam perhubungan..
Terima kelemahan masing-masing seadanya,raikan kelebihan masing-masing dengan
gembira..
No comments:
Post a Comment